Tuesday 7 April 2015

Kenangan Dan Waktu

Bila umur meningkat dewasa makin lama makin banyak benda yang kita akan lihat dan pelajari. Kadang kadang sampai tak sanggup nak lihat apa yang bakal jadi pada hari esok dan seterusnya. Semua orang akan rasai benda yang sama bila sudah dewasa, benda yang paling seronok adalah masa kita kecil, tidak tahu apa erti penat, sedih, marah, yang kita tahu hanyalah bermain dan mencari keseronokkan. Betul lah kata orang tua tua saat yang paling indah dan takkan kita lupakan adalah zaman kanak kanak kita. Kalau boleh diberi pilihan semua orang akan ingin kembali ke masa kanak kanak mereka dan tidak mahu menjadi dewasa kerana menjadi dewasa ini sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi tidak kiralah berapa pun umur kita sekarang ini hargailah dan penuhkan lah ia dengan keseronokkan, ingat! Bukan untuk kanak kanak mahupun remaja tetapi untuk semua golongan umur yang penting cara kita berseronok dan kenangan yang kita akan simpan.

No comments: