Tuesday 7 April 2015

Kenangan Dan Waktu

Bila umur meningkat dewasa makin lama makin banyak benda yang kita akan lihat dan pelajari. Kadang kadang sampai tak sanggup nak lihat apa yang bakal jadi pada hari esok dan seterusnya. Semua orang akan rasai benda yang sama bila sudah dewasa, benda yang paling seronok adalah masa kita kecil, tidak tahu apa erti penat, sedih, marah, yang kita tahu hanyalah bermain dan mencari keseronokkan. Betul lah kata orang tua tua saat yang paling indah dan takkan kita lupakan adalah zaman kanak kanak kita. Kalau boleh diberi pilihan semua orang akan ingin kembali ke masa kanak kanak mereka dan tidak mahu menjadi dewasa kerana menjadi dewasa ini sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi tidak kiralah berapa pun umur kita sekarang ini hargailah dan penuhkan lah ia dengan keseronokkan, ingat! Bukan untuk kanak kanak mahupun remaja tetapi untuk semua golongan umur yang penting cara kita berseronok dan kenangan yang kita akan simpan.

Monday 6 April 2015

Baca jangan terasa

Assalamualaikum. Ni haa ceq ada benda nak habaq mai sikit. Kadang kadang pelik dengan manusia manusia yang suka sharing benda benda pelik ni. Tak tahu lah apa dalam fikiran dia orang yang share tu, entah baca ke tidak benda benda tu ataupun baca separuh dah share? Ni nak habaq mai sikit, hampa hampa hampa semua ni kalau nak share bacalah dulu selidik dulu betul betul jangan main share ja, nanti dosa kot bersangkut paut dengan orang lain payah. Tak tahu lah nak  cakap macam mana, nak kata tak sekolah padahal sampai U sana belajarnya, pening tak tau nak nasihat macam mana satgi kena marah balik macam depa saja yang sekolah. Tolong lah bawak bawak taubat sampai ada yang share "sila hantar ke 20 rakan anda kalau tidak malapetaka akan berlaku" Ya Allah aku lah kan tak tahu lah dia orang ni pakai mazhab mana pelik bin ajaib. Kalau benda tu memang sahih tak apalah ni merepek buat sakit hati baca. Ni yang mana dah baca pakat share lah nohh? Biaq orang baca kasi terasa sikit. Barulah nanti terbukak fikiran tu boleh bezakan yang tu betul ke tidak. Bukan nak bebel nohh? Cuma bagitahu ja sebab kadang2 sakit hati depa main share ja tak tau pun benda tu betul ke tak kang jadi dosa kering je. Maaf kalau yang membaca terasa. Hanya menyampaikan sahaja.